Soal Jawab Agama : Azan Pada 4 Penjuru Rumah Baru


SDI 608: Azan Pada 4 Penjuru Rumah Baru
Saya berpindah ke rumah baru. Kawan2 kata kena laungkan azan di empat penjuru rumah. Betulkah begitu atau bagaimana?
Jawapan: 
Tidak disyariatkan azan di 4 penjuru rumah baharu. Tiada juga apa-apa surah, wirid-wirid yang dikhususkan bacaannya apabila berpindah ke rumah baharu. Jika ditanya kenapa tidak disyariatkan? Maka jawabnya, perbuatan mengkhususkan azan dan bacaan-bacaan tertentu sempena pindah rumah baharu tidak terdapat di dalam sumber syara’ samada alQuran ataupun alSunnah.
Kata alSyeikh Bakr Abu Zaid RH:

“Dan antara bid’ah-bid’ah tersebut ialah mengkhususkan sesuatu, tanpa dalil dengan sesuatu bacaan ayat (alQuran) atau surah pada masa atau tempat atau kerana sesuatu hajat. (Bida’ alQira’ah:14)
Namun ini bukan bermaksud tidak boleh melaunkan azan atau membaca alQuran untuk menjauhkan syaitan, selagi tidak dikhususkan pada sesuatu masa dan tempat, terutamanya surah alBaqarah kerana sememangnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah alBaqarah tanpa dihadkan ketika berpindah rumah baharu sahaja. 
Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Jangan kamu semua jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah alBaqarah.”

WA

Sumber : Bin Sahak Chanel Telegram

Share on Facebook

Leave a Comment