Soal Jawab Agama : Hukum Poligami Dgn Sepupu Isteri


SDI 599: Hukum Poligami Dgn Sepupu Isteri.
Assalamualaikum ustaz.
seseorang itu berkahwin dengan sepupu isteri sebagai isteri yang kedua.Adalah syarak membolehkannya?
Jawapan:
Wa’alaikumusslam warahmatullah.
Ya, Syara’ MEMBENARKANNYA. Di bawah ini saya buatkan huraian ringkas:
Sebahagian ulama mengHARUSkan seorg lelaki berkahwin dgn wanita yg ada hubungan pupu dgn isterinya, iaitulah anak perempuan kpd bapa saudara atau emak saudara isteri, samada sblh bapa atau sebelah ibu isteri. Keharusan ini berdasarkan ketiadaan Nas samada dr alQuran ataupun alSunnah yg melarang. 
Manakala sebahagian ulama lain berpandangan MAKRUH, krn melihat ia bakal menatijahkan terputus hubungan keluarga. 
Imam Ibn Qudamah alMaqdisi di dlm kitabnya alMughniy berkata: 
“Dan tidak diharamkan menghimpun (berkahwin) antara dua wanita (ada hubungan pupu) pada pandangan keseluruhan ulama, disebabkan tiada nas larangan. Demikian juga ia termasuk di dlm keumuman firman Allah Taala: “dan dihalalkan utk kamu semua (utk berkahwin) selain drpd itu” ini kerana seorg sepupu halal berkahwin dgn sepupunya yg seorg lagi jika salah seorg drpd mereka lelaki. Pada hukum Makruh terdapat dua riwayat: Satu: Makruh. Kedua: Tidak Makruh, krn tiada antara mereka berdua hubungan Qarabah yg diharam dr dihimpunkan, maka ia tidak membawa kpd hukum makruh, sama seperti qarabah2 lain.” 

WA

Sumber : Bin Sahak Chanel Telegram

Share on Facebook

Leave a Comment