Soal Jawab Hukum – SDI 538: Hukum Baca alQuran Di Kubur

SDI 538: Hukum Baca alQuran Di Kubur

Pandangan yg LEBIH BENAR ialah kubur BUKAN tempat utk membaca alQuran. Perkara ini tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW. Jika disyariatkan membaca alQuran di kubur sudah tentu Nabi dan para sahabat lebih dahulu melakukannya.

Selain itu terdpt pula isyarat dr hadis yg menunjukkan kubur bukan tmpt membaca alQuran, iaitulah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Muslim di dlm Sahihnya, Nabi SAW bersabda:

: لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنْ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ

Maksudnya: “Jgn kamu semua jadikan rumah2 kamu spt tanah perkuburan, sungguhnya syaitan akan lari dr rumah yg dibacakan di dlmnya surah alBaqarah.”

Hadis ini memiliki isyarat bahawa kubur BUKAN lah tempat utk dibacakan alQuran.

Saya tidak nafikan sememangnya ada pandangan ulama yg mengatakan elok dibacakan alQuran di kubur spt pandangan ulama mazhab alSyafie. Namun spt yg saya nyatakan di atas, pandangan yg lebih kuat adlh sebaliknya. Pandangan ini disokong oleh ulama mazhan Hanafi. Imam Abu Daud juga di dlm Masa’ilnya ada menyatakan:

“Aku pernah mendengar Imam Ahmad ditanya ttg baca alQuran di kubur. Beliau menjawab: Tidak.”

WA

Sumber :- https://telegram.me/binsahak

Share on Facebook

Leave a Comment