Sukan Sea 2011 : Bola sepak – Pemain, pegawai dikurnia RM30,000

No Comments »

20111123-163505.jpg

Pemain, pegawai dikurnia RM30,000

Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Ong Kim Swee bersama anak-anak buahnya menerima sambutan meriah penyokong skuad kebangsaan sejurus tiba dari Jakarta di Terminal Penerbangan Tambang Murah, Sepang semalam.

PELUH pun belum kering, ganjaran RM30,000 telah menanti setiap pemain dan pegawai pasukan bawah 23 tahun (B-23) negara sebaik mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2011 kelmarin.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, presiden, Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan wang ganjaran itu bagi mengenang jasa kesemua pegawai dan pemain yang bertungkus-lumus menewaskan Indonesia menerusi sepakan penalti 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi sebenar permainan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Menurutnya, baginda bertitah, kemenangan kali ini juga begitu istimewa lantaran menang dalam dua perlawanan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno.

“Ia merupakan kurniaan peribadi baginda yang berkenan memberikan ganjaran RM30,000 setiap seorang kepada semua pemain termasuk pegawai.

“Pada masa sama, FAM juga akan memberikan ganjaran kepada kesemua pemain tidak kira yang beraksi ataupun tidak pada masa terdekat ekoran kejayaan mereka,” katanya.

Hamidin yang juga Pengerusi Jawa- tankuasa Pertandingan Tempatan FAM sebelum itu mempengerusikan mesyuarat berhubung Liga Malaysia (Liga-M) 2012 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Turut hadir Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Afandi Hamzah.

Hamidin memberitahu, skuad bimbi- ngan Ong Kim Swee juga akan berlepas ke Sydney, Australia selama dua minggu pada pertengahan Disember depan bagi diuji sekurang-kurangnya tiga kelab terkemuka di sana.

Dalam pada itu, nasib sama ada dua pasukan, impian Pahang dan Perlis untuk kembali semula ke saingan Liga Super selepas tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan juga masih samar.

Menurut Hamidin, buat masa ini pihaknya masih belum membuat keputusan sama ada mahu menambah bilangan 14 pasukan yang telah layak ke Liga Super, dan sebarang maklumat lanjut berhubung perkara itu hanya akan diketahui selepas ia dibentangkan ke mesyuarat Exco tidak lama lagi.

“Mengikut perbincangan awal, 14 pasukan akan bersaing dalam saingan Liga Super bagi musim depan sebelum hanya 12 pasukan sahaja yang akan bertanding pada 2013,” katanya.

Sumber : – kosmo.com.my

Share on Facebook
Posted on November 23rd 2011 in My Artikel, My Info, My Malaysia

Klang : Sita baju ‘bundle’ RM30,000

No Comments »

Sita baju ‘bundle’ RM30,000

KLANG: Beberapa pekerja menjual pakaian terpakai lari lintang-pukang sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam Operasi Bundle di Jalan Sungai Udang, di sini, semalam.

Penolong Pegawai Kesihatan dan Persekitaran Kanan, Jabatan Pelesenan dan Penjaja MPK, Mazlan Abdul Gany, berkata siasatan mendapati perniagaan menjual pakaian terpakai itu beroperasi secara haram sejak setahun lalu.

Menurutnya, lot itu sepatutnya menjadi tapak untuk bangunan balai polis baru.

“Kedai itu beroperasi tanpa lesen sejak setahun lalu. Sebelum operasi, kami memberi notis tujuh hari kepada pemilik kedai supaya memindahkan barangan perniagaan mereka.

“Namun, pemilik tidak mengambil peduli notis itu. Jadi, kami menyita semua barangan mengikut Undang-undang Kecil Penjaja 2007, Seksyen 3, iaitu perniagaan tanpa lesen. “Jika sabit kesalahan boleh didenda RM2,000 dan penjara dua tahun,” katanya ketika ditemui selepas operasi, semalam.

Katanya, operasi membabitkan 50 anggota penguat kuasa serta mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pejabat Daerah/Tanah Klang.

Mazlan berkata, semua nilai pakaian disita berjumlah lebih RM30,000 dan pihaknya memberi tempoh 30 hari kepada pemilik untuk menuntut semula barangan. Katanya, jika pemilik tidak membuat tuntutan, barangan berkenaan akan dijadikan bukti untuk pendakwaan di mahkamah.

“Lot perniagaan yang beroperasi lebih setahun itu turut menerima banyak aduan daripada penduduk yang tidak berpuas hati kerana menghalang laluan,” katanya.

Sumber :- Hmetro.com.my

Posted by Abu Fawwaz from my BlackBerry® smartphone

Share on Facebook
Posted on September 30th 2011 in My Artikel, My Info

Hidangan Patin Temerloh RM13,000?

No Comments »

Hidangan patin Temerloh RM13,000?

Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000. Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

“Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.

“Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur,” katanya.

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

Bernama difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.

Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.

Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali, katanya.

Sumber : Kosmo.com.my

Posted By Blackberry for WordPress

Share on Facebook
Posted on April 11th 2011 in My Info

Piala AFF Suzuki: Skuad Harimau Malaya terima RM65,000 Seorang !!!

No Comments »

Piala AFF: Skuad Harimau Malaya terima RM65,000


Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemberian insentif saham amanah serta wang tunai berjumlah RM65,000 setiap seorang kepada 25 pemain dan jurulatih bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala AFF Suzuki pada bulan lalu.

Setiap pemain dan jurulatih diberikan unit Amanah Saham Wawasan 2020 berjumlah RM50,000 yang bagaimanapun tidak boleh dikeluarkan sehingga tempoh 10 tahun, kata Perdana Menteri ketika meraikan skuad itu di kediaman rasminya, Seri Perdana, di Putrajaya hari ini.

Pada majlis yang turut dihadiri menteri-menteri kabinet, Najib berkata imbuhan wang tunai RM10,000 adalah daripada kerajaan dan RM5,000 lagi melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) daripada Majlis Sukan Negara.

Katanya Kementerian Belia dan Sukan akan memperuntukkan RM500,000 kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menaik taraf kemudahan gimnasium dan membina bilik sauna di Wisma FAM di Kelana Jaya bagi kemudahan pemain.

Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki buat julung kalinya dengan menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 setelah menang 3-0 di sini dan kalah 2-1 di Jakarta

P/s : sakan sungguh no jadi pemain bola sepak… Kalau menang dijulang setinggi2nya..kalau kalah.. Habuk pon tarak….

Sumber :- Malaysiakini.com

Posted by Abu Fawwaz for WordPress by BlackBerry

Share on Facebook
Posted on January 12th 2011 in My Artikel, My Malaysia

Jual Anak Dalam Perut : Bayi ditempah RM22,000

No Comments »

Bayi ditempah RM22,000


INSAF…Suzie menunggu masa untuk bersalin.

KUALA LUMPUR: “Bayi ini sudah ditempah pada harga RM22,000,” kata seorang wanita yang kini menunggu masa untuk melahirkan kandungannya itu kepada dua wartawan Harian Metro yang bertemu dengannya di sebuah restoran di Bukit Bintang, di sini, baru-baru ini.

Dia yang memperkenalkan diri sebagai Suzie, 22, berkata satu pasangan suami isteri bukan Islam menyatakan hasrat membeli bayi berkenaan ketika kandungannya masih berusia lima bulan.

Pertemuan tanpa dirancang itu berlaku ketika penulis menikmati makan malam apabila ternampak Suzie bersama seorang rakan sekerjanya mencari meja untuk menjamu selera di restoran sama.

Melihat keadaan Suzie yang sarat mengandung sembilan bulan itu, penulis menawarkan tempat untuk dia duduk semeja.

Dalam perkenalan singkat itu, wanita yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) terbabit mula menyatakan hasrat untuk menjual bayinya sejurus dilahirkan kelak kepada pasangan suami isteri berkenaan.

“Saya sayangkan bayi ini, tetapi kerana kos sara hidup tinggi di ibu kota, saya terpaksa menjualnya,” katanya ketika pertemuan itu.

Menurutnya, dia nekad mahu menjual bayi dikandungnya itu kerana berasakan tidak mampu menjaganya apabila dilahirkan kelak.

Selain itu, katanya pasangan terbabit mendakwa akan menanggung segala kos bersalin termasuk pembedahan dan perubatan serta mendapatkan sijil beranak sah buat bayi yang bakal dilahirkannya itu.

Mendengar cerita itu, penulis menasihatinya tidak berbuat demikian dan memujuknya ke Rumah Kebajikan Wanita dan Remaja (Kewaja) di Gombak, untuk bersalin dan dijaga sepanjang berpantang.

Tiga minggu selepas pertemuan pada awal November lalu itu, Suzie dibawa ke rumah berkenaan selepas dia bersetuju cadangan penulis.

Sebaik tiba di Rumah Kewaja, Suzie kelihatan keberatan untuk tinggal di pusat itu, tetapi selepas dipujuk pemilik rumah perlindungan berkenaan, dia bersetuju menginap di situ dan menjalani kehidupan baru.

Wanita terbabit mengakui terdetik rancangan untuk menjual bayi dalam kandungannya itu selepas teruja dengan jumlah wang ditawarkan pasangan berkenaan.

Menceritakan lebih lanjut, menurut Suzie, dia didatangi pasangan suami isteri itu ketika melepak di Bukit Bintang dan mereka mendakwa sudah berkahwin, tetapi tidak dikurniakan anak.

“Pasangan itu menghampiri saya kerana perasan perut saya besar. Ketika itu, usia kandungan baru lima bulan.

“Saya bekerja sebagai GRO di sebuah kelab malam terkemuka, namun takdir mengubah hidup saya apabila berjumpa teman lelaki yang mendakwa mahu mengahwini dan mengubah diri saya kepada kehidupan lebih baik,” katanya ketika ditemui semula di rumah perlindungan itu.

Difahamkan, dia memilih jalan hitam dengan bekerja sebagai GRO selepas terpengaruh kehidupan mewah seorang rakan.

Tambahan pula, Suzie mendakwa dia dilahirkan dalam keluarga pincang dan tidak pernah menerima perhatian serta kasih sayang ibu dan bapa menyebabkannya keluar rumah dan memulakan hidup sendirian.

Menceritakan bagaimana dia boleh mengandung anak luar nikah, Suzie berkata semuanya bermula apabila mengenali seorang lelaki berusia 30-an di kelab malam tempatnya bekerja.

Selama dua tahun hubungan Suzie dan lelaki itu tidak ubah seperti pasangan suami isteri sehingga satu hari dia mengetahui lelaki terbabit sudah berkahwin.

“Saya menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang mendakwa isteri teman lelaki saya dan sebaik ditanyakan perkara itu, teman lelaki saya mengaku sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.

“Hancur luluh hati ini apabila mengetahui perkara itu, namun kerana sayang kepadanya, saya bersabar sehingga satu hari saya disahkan hamil,” katanya.

Namun, apabila mengetahui perkara ‘gembira’ berkenaan, dia ditinggalkan lelaki terbabit kerana tidak percaya anak yang dikandungnya itu hasil hubungan cinta mereka.

Suzie yang pada mulanya mahu menggugurkan kandungannya ‘menyimpan’ janin terbabit kerana kononnya mahu teman lelaki bertanggungjawab, tetapi lain jadinya, sehinggalah didatangi pasangan berkenaan yang ingin membeli bayi itu.

Dia yang kini tinggal beberapa hari saja untuk bersalin, mengakui insaf dan tekad untuk membela bayinya itu sendiri selepas diberi suntikan semangat dan bimbingan agama sepanjang tempoh ditempatkan di rumah perlindungan berkenaan.

Sumber :- Hmetro.com.my

Share on Facebook
Posted on December 9th 2010 in My Artikel, My Info, My Malaysia

Mini MAHA Perlis Sasar Kutipan Jualan RM700,000

No Comments »

Mini MAHA Perlis Sasar Kutipan Jualan RM700,000

KANGAR, 27 Julai (Bernama) — Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) peringkat negeri Perlis, mensasarkan kutipan jualan sebanyak RM700,000, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis Sabry Ahmad.

Beliau berkata 150 usahawan daripada pelbagai bidang akan terbabit pada program mini MAHA itu yang akan berlangsung di Dataran Dato Sheikh Ahmad, di sini selama empat hari mulai Khamis ini.

Mini MAHA itu diharap dapat membantu para usahawan terbabit mempromosikan produk keluarannya di samping mencari rakan niaga baru di kalangan mereka, katanya dalam sidang akhbar di sini Selasa.

Menurutnya antara pengisian program itu termasuk taklimat mengenai peluang perniagaan dalam sektor pertanian dengan menggalakkan kumpulan sasaran terutamanya golongan muda menceburi sektor pertanian sebagai cabang perniagaan.

Pada program itu terdapat juga pameran produk istimewa termasuk ubi kayu gergasi dan nangka gergasi serta pelbagai hasil pertanian yang menunjukkan Perlis begitu subur dan sesuai dengan pelbagai jenis tanaman.

Orang ramai juga akan berpeluang menyaksikan pertandingan ratu keli dan menghias akuarium peringkat sekolah serta pertunjukan ikan arowana yang dianjurkan Jabatan Perikanan manakala Jabatan Verterinar pula akan mempamerkan burung flamingo, burung merak dan unggas yang diimport dari Afrika.

Sementara itu, kerajaan negeri akan mengenalpasti 250 peladang, penternak dan nelayan berumur di bawah 40 tahun untuk menyertai Briged Tani Pelapis yang akan dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sempena majlis perasmian mini MAHA itu pada Khamis ini.

Sempena mini MAHA itu juga, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menyediakan 70 buah gerai pasar tani khas dan sebuah daripadanya dikhususkan untuk golongan muda sebagai pendedahan kepada mereka bergiat dalam kegiatan pemasaran hasil tani.

Sumber :- BERNAMA

Share on Facebook
Posted on July 30th 2010 in My Malaysia, My Perlis

GOLD PLATED CAMERA BY LEICA RM 100,000,00

No Comments »

Leica cameras have always been known for its expensive price, but they are taking things a step further to celebrate China’s 60th anniversary of the Peoples’ Republic of China by introducing limited edition gold-plated cameras. Leica will be making 60 cameras with its lens coated with 24k gold and the body covered by Leica Red Box Calf leather. Each of the cameras will come with a special serial number starting from the year 1949 to 2009. Sold exclusively in China, these cameras costs more than RM100,000 each! Just imagine the weight of this camera, I doubt whoever who buys this will ever use it!

(Source: Born Rich)

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on January 29th 2010 in My Internet