Facebook, Twitter ancam bahasa Melayu

No Comments »

Facebook, Twitter ancam bahasa Melayu

Penggunaan bahasa pasar dalam laman web sosial seperti Facebook dan Twitter telah ‘mengancam’ penggunaan Bahasa Melayu yang baik di kalangan masyarakat hari ini.

Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak Jiso Rutan berkata penularan ragam bahasa pasar seperti bahasa rojak, bahasa SMS, bahasa sembang internet berleluasa dan sukar untuk dibendung di kalangan pengguna laman web sosial.

“Sehubungan itu, DBP mempergiatkan usaha untuk menggalakkan dan menyemarakkan penggunaan Bahasa Melayu di negara ini, termasuk mengadakan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) pada Oktober setiap tahun,” katanya kepada pemberita selepas sidang media mengenai majlis pelancaran BBK peringkat negeri Sarawak di Kuching hari ini.

Jiso berkata BBK merupakan usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat pelbagai kaum di negara ini tentang kepentingan bahasa kebangsaan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera.

Sementara itu, Setiausaha kerajaan negeri Sarawak, Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani menyifatkan penggunaan bahasa pasar dalam laman web sosial merupakan satu cabaran dan rintangan memartabatkan bahasa Melayu.

“Bahasa Melayu turut berdepan dengan cabaran dalam bahasa , seperti bahasa-bahasa yang lain. Sehubungan itu, kita perlu mempergiatkan usaha untuk memupuk dan mempromosikan penggunaan bahasa Melayu agar ia (bahasa pasar) tidak mengambil alih kepentingan bahasa Melayu,” katanya.

Sempena sambutan BBK peringkat negeri, Morshidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa BBK 2010 Kebangsaan berkata DBP Sarawak akan mengadakan pelbagai aktiviti bahasa dan sastera selama sebulan dengan penglibatan seluruh lapisan masyarakat pada Oktober ini.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijadual melancarkan BBK peringkat negeri Sarawak pada 1 Okt di Bangunan Lama Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Antara aktiviti yang bakal diadakan termasuk Syarahan Eksekutif bertajuk “Kebudayaan dan Kesusasteraan Dalam Pembinaan Modal Insan Cemerlang”, Malam Senandung Puisi 1Malaysia, Sayembara Bahasa Berirama, pementasan teater, khemah Bahasa dan kuiz BBK di Radio Televisyen Malaysia (RTM), katanya.

Selain itu, pelbagai aktiviti akan diadakan di peringkat daerah, termasuk Bejemok Bahasa di Samarahan, Berambih Bahasa di Sri Aman, Pededun Bahasa di Mukah, Bedudun Bahasa di Limbang, dan Pameran BBK di Miri.

Sumber :- Bernama

Posted by Abu Fawwaz with WordPress for BlackBerry

Share on Facebook
Posted on September 21st 2010 in My Artikel, My Malaysia

Facebook PM tarik perhatian 6,287 pengguna dlm sehari !!

No Comments »

Facebook PM tarik perhatian 6,287 pengguna

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Laman Facebook rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila 6,287 pengguna telah mendaftarkan diri sebagai peminat sehingga pukul 6 petang hari ini.

Jumlah itu merupakan satu lonjakan yang amat besar berbanding 804 peminat yang dicatatkan kira-kira pukul 10 malam tadi.

Lonjakan tersebut berlaku selepas para pengguna aplikasi rangkaian sosial itu mengetahui kewujudan laman Facebook rasmi Perdana Menteri apabila ia dilaporkan media massa termasuk Utusan Malaysia yang menjadikannya sebagai berita muka depan.

Tinjauan di laman www.facebook.com/najibrazak mendapati pengguna yang mendaftarkan diri mereka terdiri daripada rakyat pelbagai bangsa sekali gus membuktikan populariti gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri.

Ungkapan 1Malaysia juga menjadi mesej paling popular ditulis oleh para peminat Najib di ‘dinding’ (wall) laman Facebook berkenaan.

Kekerapan mesej ditulis juga terlalu pantas dan ada kalanya beberapa mesej ditulis serentak dalam masa seminit.

Pelbagai perkara turut diadu secara terus kepada Perdana Menteri antaranya mengenai pembangunan di Langkawi, masalah elektrik selalu terputus di Sandakan, kebajikan orang kurang upaya (OKU), kegelisahan mengenai kebanjiran ‘awang hitam’ dan cadangan penubuhan sebuah kementerian khusus untuk memajukan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

P/s :- Sakan aih.. penuh dengan ke IT an :)

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on November 19th 2009 in My Malaysia