
Assalamualaykum!
Masjid Negara, Masjid Wilayah, Masjid Jamek KL, Masjid Putra Jaya, Masjid Negeri Shah Alam, Masjid Negeri Kuantan, Masjid Negeri Melaka dan beberapa masjid lain kerap menerima kunjungan para pelancong luar negara yang kebanyakannya non-muslim yang bersedia untuk menerima taklimat mengenai masjid yang dilawati serta Islam. Peluang ini boleh dimenafaatkan dengan berdakwah kepada mereka supaya mereka mengenal Allah, Muhammad SAW, al-Qur’an dan lain-lain info Islam. Mari sertai kami di Islamic Outreach ABIM untuk mendaftar sebagai “Masjid Tour Guide” dan menyertai kursus pengenalan yang berikut: –


KURSUS PEMANDU PELANCONG (SUKARELAWAN PELANCONG) SIRI 1/2009
Tarikh/Hari: 16 – 17 November 2009 (Isnin & Selasa)
Tempat: Masjid Negara KL
Yuran: Percuma
Untuk pendaftaran, sila hubungi Sis. Normah Sulaiman (019-250 6065) atau nsheaven@yahoo.com


