+6012 2959037
miloki@gmail.com

Tawaran Belajar Lepasan SPM : Kolej Teknologi Darulnaim (KTD)

Tawaran Belajar Lepasan SPM : Kolej Teknologi Darulnaim (KTD)

Assalamualaikum,

Adakah anda telah membuat keputusan untuk memilih pusat pengajian anda? Di sini dicadangkan beberapa tip untuk kebaikan anda.

1. Sekiranya anda memperolehi 8A dan keatas, pilihlah IPTA kerana anda berkemungkinan berpeluang untuk mendapatkan biasiswa dari mana-mana organisasi atau kerajaan. Bagi keputusan yang tidak sebaik di atas, sekiranya anda memilih untuk meneruskan pembelajaran di IPTA, anda mungkin boleh meneruskannya dengan pinjaman PTPTN dimana sebaik sahaja menamatkan pembelajaran, anda akan dibebani oleh hutang belajar.

2. Sekiranya anda mempunyai 7A dan kebawah, Saya mencadangkan agar anda memilih ke Kolej Swasta disebabkan beberapa faktor seperti berikut:

a. Anda adalah yang terbaik dan layak untuk mendapatkan pinjaman MARA yang hanya diberikan kepada kolej-kolej swasta. Sekiranya anda mendapat 2A ke 7A anda mempunyai harapan untuk mendapatkan pinjaman MARA dimana apabila keputusan akhir peperiksaan di kolej cemerlang (CGPA 3.5 keatas) semua pinjaman akan di tukarkan kepada biasiswa. Sebaliknya jika hanya mendapat CGPA 3.0 ke 3.5, anda perlu membayar 10% dari pinjaman. Setiap bulan anda akan mendapat wang saku sebanyak RM550.00.

b. Anda boleh memasuki UiTM atau politeknik tetapi pada pandangan saya kolej swasta lebih baik kerana diploma yang diberikan oleh kolej swasta adalah diploma IPTA seperti UTM. Ini disebabkan kebanyakan kolej swasta melaksanakan kerjasama dengan IPTA. Di Kolej swasta anda lebih beruntung kerana mendapat bantuan bulanan yang banyak berbanding dengan UiTM atau politeknik.

c. Apabila tamat diploma dengan keputusan yang cemerlang, anda berpeluang untuk menyambung dengan mana-mana IPTA dan pinjamam MARA akan terus diberikan kepada anda di IPTA.

Saya ingin mengalakkan anda untuk memilih Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) atas beberapa faktor seperti berikut:

1. Kolej ini telah dapat menaikkan pretasi pembelajaran daripada tidak ternama sehingga menjadi di antara 10 kolej terbaik daripada 550 kolej swasta di Malaysia. Semoga anda juga dapat menjadi antara pelajar yang cemerlang bila belajar di Kolej ini.

2. Pencapaian bagi tahun 2011, seramai 156 pelajar telah menerima Anugerah Dekan dimana pencapaian CGPA 3.5 keatas dan 11 pelajar telah menerima “Golden Medal Award”. Suatu pencapaian yang terbaik bagi sesebuah kolej.

3. Program Pembangunan Sahsiah Terpuji yang telah berjaya membangunkan mahasiswa yang bersepadu bagi melahirkan insan yang mampu merealisasikan hakikat ubudiyah yang sebenar kepada Pencipta dimana ramai diantara pelajar yang menyambung pelajaran di universiti lain selepas diploma telah menjadi kepimpinan pelajar di universiti baru mereka.

Diantara kursus-kursus yang ditawarkan kepada anda untuk melanjutkan pelajaran diperingkat diploma adalah dari kusus Diploma Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Diploma Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Diploma Kolej Teknologi Darulnaim (KTD)

Kelayakan LULUS SPM dan minimum 3 Kredit ;-

Antara kursus yang ditawarkan :-

Diploma Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Diploma Kejuruteraan Elektronik – DDE
-Lulus SPM dengan tiga(3) kredit termasuk Matematik dan 2 subjek lain yang ditetapkan oleh UTM

Diploma Penggurusan Teknologi – DDG
-Lulus SPM dengan tiga(3) kredit subjek yang ditetapkan oleh UTM

Diploma Penggurusan Teknologi (Perakaunan) – DDW
-Lulus SPM dengan tiga(3) kredit subjek yang ditetapkan oleh UTM

Diploma Sains Komputer (Multimedia) – DDZ
-Lulus SPM dengan tiga(3) kredit termasuk Matematik dan 2 subjek lain yang ditetapkan oleh UTM

Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) – DDC
-Lulus SPM dengan tiga(3) kredit termasuk Matematik dan 2 subjek lain yang ditetapkan oleh UTM

Diploma Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)

Diploma Perbankan Islam(DIB)
-Lulus SPM dengan lima(5) kredit termasuk Bahasa Inggeris dan Matematik

Diploma Komunikasi(DCOM)
-Lulus SPM dengan lima(5) kredit termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Diploma Pengajian Islam (Al-Quran & Al-Sunnah) (DPIQ)
-Lulus SPM dengan tiga(3) kredit termasuk Bahasa Melayu dan Pendidikan Al-Qur’an dan Al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiyah dan lulus temuduga bagi calon yang tidak kredit Bahasa Arab Tinggi

Diploma Kolej Teknologi Darulnaim (KTD)

Diploma Multimedia (DMM)
-Lulus SPM dengan tiga(3) kredit dan lulus Matematik

Diploma Pengurusan Perniagaan (DPP)
-Lulus SPM dengan tiga(3) kredit

PEMBIAYAAN PENGAJIAN..???

Pihak kami menawarkan Pembiayaan Pengajian MARA, PTPTN, Yayasan Negeri, Majlis Agama Islam, Pusat Zakat, Tabung Pendidikan Pelajar KTD dan lain-lain

untuk pertanyaan lanjut sila berhubung dengan unit kemasukan pelajar KTD di nombor
09-7747200 / 7749200 atau Mohd Fazli : 013-9783507

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Share on Facebook

Leave A Comment