Terjemahan Kecaman Keras Mufti Perlis Terhadap Pelancaran Bom Roket Yang Dilakukan Oleh Syi’ah Hauthi Yaman Ke Arah Makkah al-Mukarramah


Terjemahan Kecaman Keras Mufti Perlis Terhadap Pelancaran Bom Roket Yang Dilakukan Oleh Syi’ah Hauthi Yaman Ke Arah Makkah al-Mukarramah.
Cukup sesuatu kaum itu dikira berdosa jika mereka tidak mengagungkan perkara-perkara yang dimuliakan oleh Allah. Maka bagaimana pula bagi mereka yang cuba merosakkan tempat yang paling suci di atas muka bumi ini di sisi Allah, iaitulah Makkah alMukarramah?
Kerana itu, saya Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin, Mufti bagi negeri Perlis, demikian juga rakyat negeri Perlis, menyatakan kecaman keras kami terhadap tindakan penjenayah Hauthi yang telah melancarkan bom roket ke arah Makkah al-Mukarramah pd hari Khamis 27 Oktober 2016 bersamaan 26 muharram 1438 H. 
Percubaan ceroboh ini, jika dilakukan oleh kaum bukan Islam sekalipun, sudah pasti tidak akan dapat diterima atas apapun alasan mereka. Maka bagaimana satu kaum yg mengaku sebagai muslim boleh melakukannya? Jenayah keji yang mereka lakukan ini sebenarnya menzahirkan lagi hakikat sebenar mereka seperti yang tercatit di dalam sejarah. Dimana mereka menganggap halal menumpahkan darah umat Islam dan mencemar tempat-tempat suci umat Islam. Betapa samanya mereka (syiah) hari ini dengan yang semalam. 
Jika mereka (mengaku) dari kaum muslimin, maka mereka sebenarnya menempah ancaman dari firman Allah SWT: 
“Jika salah satu golongan dari umat Islam yang melampaui batasan bertindak ke atas satu golongan umat Islam yang lain, maka perangilah golongan yang melampau itu, sehingga mereka kembali taat kepada perintah ALlah.” 
Oleh itu, setiap negara umat Islam hendaklah memerangi mereka, kerana mereka termasuk golongan yang melampau. Jika sebaliknya, maka percubaan mereka itu adalah satu pengisytiharan penentangan mereka terhadap Allah dan rasulNya.           

             

Setiap negara umat Islam hendaklah bangun kerana ALlah bagi mempertahankan kiblat mereka yang suci, dan memerangi sesiapa yang memerangi Allah dan RasulNya. 
Akhirnya, saya memohon kepada Allah Taala agar mengurniakan keteguhan kepada Khadim al-Haramain al-Syarifain dan negara-negara umat Islam yang bersama dengannya dalam mempertahankan tanah haram yang mulia.
– terjemahan oleh Bin Sahak –

Share on Facebook

Leave a Comment